Semenjak bangkitnya era reality show di kaca TV,semakin ramai anak-anak melayu yang terus di buai dengan kejayaan palsu.Aku semakin rimas melihatkan anak-anak sekecil dua tahun mahupun yang dewasa seusia datuk nenek memuja idola-idola yang hanya setakat berjaya sebagai penyanyi tapi entah kemana di bidang pelajaran.Walaupun hanya lulusan SPM tapi kerana menyanyi mereka di nobat idola atau yang nombor satu di negara.

Aku terfikir, adakah ilmu pelajaran dan azam untuk berjaya didalam pelajaran telah menjadi semakin terpinggir oleh orang melayu masa kini.Kalau kita lihat, mereka yang berjaya sebagai idola penyanyi lebih di gembar-gemburkan di TV, radio, surat-khabar mahupun di perhimpunan agung umno yang lalu.Maka bersoraklah orang melayu kerana bangga ada anak melayu yang berjaya sekalipun bergelar penyanyi lulusan SPM.Aku lebih bangga jika dia adalah Allahyarham Sudirman yang bergelar lawyer lulusan UM tapi berkebolehan menjadi seorang penghibur yang tiada gantinya.

“Di Singapura, kami tidak mendewakan pemain-pemain bola.” Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Aku yakin Singapura juga tidak mendewa-dewakan atau memuja-muja golongan artis seperti yang berlaku di Malaysia masa kini.

Aku tidak pernah terbaca atau mendengar berita di sana menganjurkan banyak siri realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka kecuali the Singapore Idol yang diura-ura akan di berhentikan kerana sambutan yang kurang menggalakkan daripada masyarakat amnya.Tetapi berlainan pula dengan negara Malaysia, itu yang lebih diutamakan oleh setiap golongan masyarakat sehingga sanggup berhabis duit kerananya.

Jika beginilah sikap rakyat negara Malaysia amnya nampaknya kita akan terus menjadi sebuah negara yang terbelakang dalam segala bidang yang berfaedah untuk masa depan negara dan bangsa.

Di Singapura, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Sekalipun artis, rata-rata adalah lulusan paling rendah ‘A’ level.Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.Kejayaan anak-anak melayu topik utama di muka surat khabar saban minggu dan artis pula yang rasa terpinggir akhirnya.

Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran setinggi yang mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggakan…rakyat akan sengsara.

Singapura sedang menuju ke arah apa yang disebut knowledge economy (ekonomi ilmu pengetahuan) tetapi kita lebih kepada entertainment economy (ekonomi hiburan).Di singapura, sekalipun anak-anak muda berhibur sakan mengunjungi pusat hiburan yang sedia ada di pusat bandar di hujung minggu tapi anak-anak muda inilah yang akan memenuhi pusat-pusat ilmu seperti neighbourhood libraries yang rata-rata terdapat di pelusuk pulau Singapura di setiap hari.

Di Malaysia,artis-artis yang berjaya meraih `ijazah’ dari Akademi Fantasia (AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi sehingga kini majalah hiburan lebih di minati daripada buku-buku ilmiah di library.

Di Malaysia, selama 13 tahun aku menetap disini, boleh aku bilang dengan jari wujudnya perpustakaan untuk masyarakat di sisini.Kalau adapun terlalu dinasour rupa dan caranya…sehingga aku merayu-rayu di dalam hati…pergilah ke Singapura yang dekat tu wahai pemikir negara Malaysia…dan lihatlah cara mereka menyediakan infra ilmu untuk rakyat jelatanya..memang canggih dan mengkagumkan.

Kalau beginilah cara orang Melayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya peluang untuk menjana Global Malays atau Melayu Dunia akan punah.

Mana ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa? Atau pernahkah kita melihat filem-filem melayu kita dipesada dunia sepertimana filem-filem Hollywood atau Bollywood?Kalau bollywood artis memang fasih berbahasa Inggeris tapi Malaywood artis masih terkial-kial menyusun kata “in English” sehiingga terpaksa ambil Mahathir Lokman sebagai guru bahasa ketika persembahan di Londondi satu ketika.Adakah ini dikatakan artis bertaraf dunia..dodoian melayu yang sungguh memualkan.

Kalau setakat menyanyi di Royal Albert Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Melayu dan bukan meraih ijazah kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford, rosaklah anak Melayu dan malaplah bangsa melayu.

Sementara kaum Cina dan India berlumba-lumba bercengkang mata mengejar kejayaan akademik daripada hiburan tetapi untuk anak-anak Melayu,mereka masih lagi didodoi kejayaan palsu dan anggapan palsu penyanyi nombor satu…Malaysian Idol.. AF mahupun wira Mat Rempit.Mereka masih lagi didodoi untuk terus menerajui pusat-pusat hiburan di kotaraya dan berdemo di jalanraya bukan lagi di pusat-pusat pengajian termasyhur di dunia.

Ibu-bapa kini tidak sanggup berkorban atau bergolok bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik, bersaing untuk menjadi melayu unggul.Berbekalkan konsep asal apa ada dan buat asal termampu ..loan kerajaan ada untuk ke U.. tanpa menanam daya saing yang jitu, sesungguhnya orang Melayu akan jadi terus layu dijadikan bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti dan merekalah yang akan terus maju dan maju..

Malangnya orang Melayu suka digula-gulakan, dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa asalkan bergaya.

Sampai bila kita hendak dodoikan orang Melayu dan anak Melayu kita dengan kejayaan yang palsu dan anggapan palsu. Kita mahukan durian tapi benih tomato yang kita tanam.

Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya fikir orang Melayu dan anak Melayu? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari kalangan orang Melayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis kerana kita telah gagal mendidik anak bangsa ke arah kemajuan yang dituntut oleh agama dan bangsa.

Kita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan orang Melayu.

Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Melayu tak hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Melayu yang layu apalah gunanya.

Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di pusat-pusat serenti. Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi…layu dan terus layu…